Tidak Terangsang Ketika Bersama Suami

Saya mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu. Masalahnya hingga kini saya tidak mempunyai sebarang rasa ketika melakukan hubungan seksual dengan suami.


Untuk pengetahuan puan, selaput dara saya pecah hanya selepas kira-kira sebulan selepas kami berkahwin. Adakah ia normal?


Saya juga tidak pernah terangsang bila bersama suami walaupun saya mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan intim dengannya.


Ada masa ketika bersama, saya berasa sakit dan biasanya tidak berasa apa-apa. Adakah ini normal?


Hingga kini saya belum hamil. Adakah saya berpotensi untuk hamil?


WANITA RUNSING Terengganu.


-----------------------------


Jawapan:


Selaput dara mempunyai beberapa bentuk, lazimnya seperti gegelang nipis yang berlubang di tengahnya bagi membolehkan haid keluar. Lazimnya selaput dara koyak apabila berlaku tusukan/ kemasukan zakar ke dalam faraj. Koyakan boleh berlaku pada satu atau beberapa tempat.


Hubungan seks yang diingini kebiasaannya menyebabkan koyakan pada kawasan kanan atau kiri selaput, manakala seks paksaan (rogol) lazimnya menyebabkan koyakan pada kawasan bawah (pukul 6) selaput. Carikan-carikan selaput dara yang terkoyak ini pula akan kekal dan hilang atau tingal sedikit sahaja selepas bersalin normal.


Kurang pasti sama ada kemasukan zakar hanya berlaku sebulan selepas anda berkahwin ataupun ia sebenarnya berlaku lebih awal cuma anda tidak menyedari selaput dara sudah koyak.


Koyakan selaput dara tidak semestinya menyebabkan pendarahan. Berkemungkinan, hubungan seks yang berlaku sebulan selepas berkahwin menyebabkan koyakan tambahan.


Mempunyai keinginan seks adalah petanda baik, ini sendirinya satu bentuk rangsangan yang anda tidak sedari.


Rangsangan seksual menyebabkan penghasilan cecair pelincir oleh kelenjar Bartholin yang terdapat berhampiran bukaan faraj.


Wanita lazimnya sukar atau lambat mengalami rangsangan seksual berbanding lelaki. Juga, kepuasan seks wanita berbeza-beza, ada yang memerlukan orgasm manakala yang lain merasa cukup puas dengan hubungan intim sahaja.


Suami memainkan peranan penting agar sabar melayani isteri agar isteri dapat mengalami rangsangan seksual dahulu sebelum kemasukan zakar. Jika tidak, kekeringan faraj boleh menyebabkan rasa sakit dan ini selanjutnya akan menyukarkan isteri untuk terangsang.


Anda sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami.


Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengari juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan intim suami isteri.


Kehamilan boleh berlaku dengan hubungan seks sama ada secara sukarela ataupun dipaksa. Walaupun wanita tidak merasai keseronokan hubungan seks, ia masih berpotensi untuk hamil. Namun, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

Tidak Terangsang Ketika Bersama Suami Tidak Terangsang Ketika Bersama Suami Reviewed by S2U on August 03, 2011 Rating: 5

10 comments:

  1. tengah-tengah bulan puasa ni, asyik terangsang je dgn suami..

    ReplyDelete
  2. camna ek awak leh transang je? saya susah la nk teransang cmna ek? leh kgsi tak cara2 nya or petua ke..

    ReplyDelete
  3. saya mempunyai masalah yang sama.jenuh kasi supplement itu dan ini.jenuh pujuk dia belikan dia itu dan ini semata2 ingin mengambil hati si isteri.tp umapama mencurahkan air di daun keladi.last2 layan sendiri.

    ReplyDelete
  4. arman: sebaiknya tuan bawa isteri dptkan rawatan dengan pakar sakit puan. mereka lebih memahami dan boleh membantu isteri tuan. kadang2 perasaan malu tu yg membantutkan rasa ghairah mereka.

    ReplyDelete
  5. isteri saya juga ada masalah begini saya lakukan seks oral

    ReplyDelete
  6. x apa ke buat oral seks dalam islam

    ReplyDelete
  7. Buat Z.A. anda kena bermain main dengan alat kelamin anda especialy clitoris. dari situ anda akan dpt merasai kerangsangan nyer...

    ReplyDelete
  8. muiz: boleh asalkan suami isteri tak telan air mazi tu kerana air mazi tu adalah najis. jadi cara sebaiknya guna condom bila nak seks oral.

    ReplyDelete
  9. untuk WANITA RUNSING Terengganu
    pelbgaikan cara bersetubuh...dan anda perlu tahu mood sendiri sebelum melakukan seks..

    ReplyDelete
  10. Knp sy xterangsang dgn suami sy sedangkan sy inginkan seks tu:-)seks kan adalah penting bg suami isteri........selalu bile hendsk bersama..die xpernah membelai sy

    ReplyDelete

Powered by Blogger.