Friday , 15 December 2017
Home » Perkahwinan » Hubungan Kelamin » Adakah Telan Air Mani Boleh Sebabkan Mengandung ?

Adakah Telan Air Mani Boleh Sebabkan Mengandung ?

Soalan

SAYA ada sedikit pertanyaan mengenai masalah tertelan air mani.

Adakah benar kenyataan iaitu apabila seorang isteri tertelan air mani suaminya, ia boleh menyebabkan si isteri hamil? Saya berharap doktor boleh menjelaskan masalah ini.

Jawapan

KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya menunggu di dalam tiub fallopio selepas ovulasi. Embrio ini kemudian akan ‘ditolak’ ke dalam ruang rahim sebelum implantasi ke dalam lapisan terdalam rahim.

Air mani yang ditelan akan memasuki saluran pencernaan bermula esofagus, gaster (perut), usus kecil dan usus besar. Tiada laluan langsung untuk sperma melalui saluran makanan menuju ke tiub fallopio untuk mensenyawakan ovum.

Malah, sperma mati kerana tidak dapat bertahan di dalam cecair gaster yang mempunyai keasidan yang tinggi.

Di dalam faraj juga sperma tidak dapat bertahan lama, kebanyakannya mati selepas setengah jam berada di dalam faraj akibat sedikit keasidan yang ada di dalam persekitaran faraj untuk melawan jangkitan kuman.

Jika kehamilan berlaku, ia mungkin daripada sperma ejakulasi ke dalam faraj sewaktu sesi hubungan seks yang lain atau daripada sperma yang boleh terkandung dalam cecair daripada zakar pada awal hubungan seks penetratif (sebelum ejakulasi).

About En. Jantan

Seorang suami & abah. Semua artikel diblog ni adalah untuk rujukan diri sendiri. Sekiranya bermanfaat, kongsikan artikel2 ini kpd pasangan atau kwn2.

Check Also

12 Kesilapan Suami Ketika Bersama

12 Kesilapan Suami Ketika Bersama

Tidak Bercumbu Terlebih Dahulu Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi …