Wednesday , 17 January 2018
Home » Perkahwinan » Tips Perkahwinan Bahagia » 10 Wasiat Buat Isteri

10 Wasiat Buat Isteri

10 Wasiat buat mereka yang bakal bergelar isteri….

Pertama dan Kedua

Berpuas hatilah kepada suami dengan apa ada padanya dan mendengar kata-katanya dengan baik disertai dengan ketaatan.

Ketiga dan Keempat

Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami, jangan sampai matanya memandang daripadamu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium daripadamu melainkan bau yang harum.

Kelima dan Keenam

Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan waktu makannnya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur menyebabkan mudah berang.

Ketujuh dan Kelapan

Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan anak-anaknya adalah memeliharanya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah SWT, maka pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.

Kesembilan dan Kesepuluh

Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan apabila engkau menyebarkan rahsianya, maka engkau telah mengkhianati amanatnya. Juga, janganlah sekali-kali engkau bersukacita di hadapannya ketika dia sedang bersedih. Dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah yang muram ketika dia sedang gembira.

About En. Jantan

Seorang suami & abah. Semua artikel diblog ni adalah untuk rujukan diri sendiri. Sekiranya bermanfaat, kongsikan artikel2 ini kpd pasangan atau kwn2.

2 comments

  1. bagus tips ni..teruskan dengan lebih byk tips lagi…tahniah

  2. perkongsian yang sangat berguna & bermakna. Terima kasih kepada yang menukilkan nasihat ini.

    * anda boleh merujuknya di dalam kitab Arab bernama “TUHFAT AL-‘ARUS” (تحفة العروس) bermaksud Karya Buat Pengantin. mukasurat 121.